Sunday, November 23, 2008

Lawak..Lawak..Lawak 4

Posmen
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

-------------------------------------------------------------------
Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asl : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

__________________________________________________________________

Klinik Mata

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya
diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin
mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya
membaca," kata lelaki itu dengan riang.

___________________________________________________________________

Ujian darah

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis
teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

_________________________________________________________________

Peti Surat

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat
ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!
"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang
sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

_________________________________________________________________

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah
hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki
sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia
bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila
tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati
serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar
petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun
tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil
gambarnya...

No comments: